Saturday, January 30, 2010

Cara Berkesan Kurangkan Berat Badan

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Ikuti beberapa panduan mudah bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan yang berkesan;

1. Sasaran berpatutan
Tentukan sasaran yang kecil dan sederhana untuk menurunkan berat badan. Memadai hanya menentukan sasaran untuk mendapatkan perubahan kecil dahulu. Ini kerana, perubahan yang kecil akan menambahkan hasil yang besar jika ia diamalkan dan dilakukan secara berterusan.

2. Bakar kalori
Lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Hanya ini sahaja cara yang paling efektif untuk membakar kandungan lemak dan juga kalori di dalam tubuh anda. Misalnya, jika anda mengambil makanan yang mengandungi 300 kalori, dalam masa yang sama cuba fikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kandungan kalori yang baru diambil tadi.

3. Jauhi minuman berkarbonat
Cuba jauhi pengambilan minuman berkarbonat kerana setiap tin minuman berkarbonat mengandungi lebih kurang 150 hingga 170 kalori tanpa sebarang nutrisi untuk keperluan badan anda.

4. Senaman dan berjalan kaki
Ramai pakar kesihatan menasihatkan anda tidak meninggalkan aktiviti fizikal. Cara lebih mudah untuk melakukan aktiviti fizikal adalah dengan berjalan kaki atau senaman.

5. Bijak memilih makanan
Anda harus bijak memilih makanan. Elakkan segala makanan yang mempunyai kandungan lemak serta kalori yang tinggi seperti mentega, mayones, susu penuh krim, coklat, gula-gula dan aiskrim.

4 comments:

Ibu Ammar said...

adei, baru tadi minum 2 tin coke..haha!

Unknown said...

alamak..ais krim tu sangatlahh feveret..camane ni??sehari mesti makan satu..tapi nak kurus juga...adoii.

Anonymous said...

dah berjaye turunkan 19kg...
alhamdulillah...
dah hampir nk dpt balik berat bdn yg dulu. Dah x nk kembali jd berisi... serikkk :)

Unknown said...

aku ne kan....
berjuta kali dah struggle tp x berkesan juga turunkan berat bdn...
pa kesilapan aku buat ahhh???
aku rasa nak sedut2 je lemak ne mcm syanie.
lau berat kurang, breast ter''effect'' jg ke?

Post a Comment