Kami telah berpindah ke :
Blogikel
Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.
Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.
Ikuti beberapa panduan mudah bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan yang berkesan;
1. Sasaran berpatutan
Tentukan sasaran yang kecil dan sederhana untuk menurunkan berat badan. Memadai hanya menentukan sasaran untuk mendapatkan perubahan kecil dahulu. Ini kerana, perubahan yang kecil akan menambahkan hasil yang besar jika ia diamalkan dan dilakukan secara berterusan.
2. Bakar kalori
Lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Hanya ini sahaja cara yang paling efektif untuk membakar kandungan lemak dan juga kalori di dalam tubuh anda. Misalnya, jika anda mengambil makanan yang mengandungi 300 kalori, dalam masa yang sama cuba fikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kandungan kalori yang baru diambil tadi.
3. Jauhi minuman berkarbonat
Cuba jauhi pengambilan minuman berkarbonat kerana setiap tin minuman berkarbonat mengandungi lebih kurang 150 hingga 170 kalori tanpa sebarang nutrisi untuk keperluan badan anda.
4. Senaman dan berjalan kaki
Ramai pakar kesihatan menasihatkan anda tidak meninggalkan aktiviti fizikal. Cara lebih mudah untuk melakukan aktiviti fizikal adalah dengan berjalan kaki atau senaman.
5. Bijak memilih makanan
Anda harus bijak memilih makanan. Elakkan segala makanan yang mempunyai kandungan lemak serta kalori yang tinggi seperti mentega, mayones, susu penuh krim, coklat, gula-gula dan aiskrim.