Saturday, July 24, 2010

Piramid Makanan

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


PEMAKANAN SIHAT AMAT PENTING DALAM MEMBEKALKAN NUTRIEN DAN MENGURANGKAN RISIKO SERTA MENANGANI BEBERAPA PENYAKIT. AMALAN MAKAN SECARA SIHAT DAPAT MEMBEKALKAN TENAGA DAN NUTRIEN KEPADA TUBUH.

Terdapat tiga perkara penting yang perlu dititkberatkan :
  1. Makan makanan seimbang.
  2. Makan pelbagai jenis makanan.
  3. Makan dalam kuantiti yang sederhana.


Piramid Makanan

Berapakah keperluan harian pemakanan anda?

  • Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
    • Saiz fizikal.
    • Kadar pertumbuhan.
    • Tahap aktiviti.
    • Jantina.
  • Secara amnya, badan anda memerlukan :
    • Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
    • Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
    • Mikronutrien:
      - Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
      - Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.
  • Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.
  • Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.
  • Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.
  • Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!

Thursday, June 24, 2010

Tubuh Lebih Air, Jejas Kesihatan

Kira-kira 60% daripada tubuh kita dipenuhi air. Boleh dikatakan tubuh bergantung pada keseimbangan air untuk berfungsi dengan baik. Mekanisme pengawalan tubuh seperti jantung dan buah pinggan, bertanggungjawab bagi memastikan jumlah cecair sentiasa berterusan berada dalam tubuh.

Oleh itu, apabila dehidrasi dan kelebihan cecair berlaku, keadaan tersebut boleh menunjukkan masalah fisiologi yang tersembunyi. Kelebihan cecair berlaku apabila cecair tidak dapat dibuang daripada tisu tubuh, termasuklah pada kulit. Kelebihan cecair dikenali juga sebagai edema.

Terdapat banyak jenis edema, tetapi yang paling biasa berlaku adalah:

1. Edema Periferal - pada jari kaki, buku lali, kaki, tangan dan lengan.

2. Edema Serebral - dalam dan sekeliling otak.

3. Edema Mata - dalam dan sekeliling mata.
Contohnya edema makular, edema kornea, edema periorbital.


Penyebab
  • Reaksi tubuh kepada cuaca panas, pengambilan garam yang tinggi, dan masalah hormon berkaitan kitaran haid.
  • Barah, terutamanya buah pinggang, hati dan barah ovari.
  • Beberapa jenis bahagian kemoterapi.
  • Ubatan termasuk steroid, kortikosteroid, ubat penggantian hormon, ubat antiradang nonsteroid dan ubat tekanan darah.
  • Tahap protein rendah dalam darah yang disebabkan kekurangan zat.
  • Kurang aktiviti, yang boleh menyebabkan cecair untuk terkumpul pada kaki.
  • Masalah dengan fungsi buah pinggang, hati atau jantung.

Gejala-gejala
  • Rasa bengkak atau berat.
  • Rasa pakaian, kasut, cincin atau jam yang terlalu ketat.
  • Pengurangan fleksibiliti pada sendi tangan dan kaki, seperti buku lali, pergelangan tangan, jari-jari.
  • Kulit yang berkilat atau rasa kaku.
  • Kulit yang termasuk ke dalam apabila ditekan.
  • Berat badan yang meningkat secara tiba-tiba.

Komplikasi

Jika tidak dirawat, edema boleh menyebabkan:
  • Peningkatan bengkak yang menyakitkan.
  • Kesukaran untuk berjalan.
  • Rasa kaku.
  • Kulit yang terpecah, sekali gus menjadi gatal dan tidak selesa.
  • Peningkatan risiko bahagian yang membengkak.
  • Parut antara lapisan tisu.
  • Penambahan serabut pada tisu.
  • Pengurangan aliran darah.
  • Peningkatan risiko pemecahan kulit.
  • Pengurangan keanjalan arteri, vena, sendi dan otot.

Pengurusan

Cara untuk membantu mengurangkan pembengkakan dan melegakan gejala-gejala yang berlaku. Berbincanglah dengan doktor mengenai ubat diuretik ( ubat yang digunakan untuk merendahkan jumlah air dalam tubuh melalui cara meningkatkan pembuangan air kencing ).
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Kurangkan jumlah garam dalam pemakanan seharian.
  • Berjalan atau melakukan senaman bagi membantu mengepam cecair kembali mengalir semula.
  • Meninggikan bahagia tubuh yang terkena apabila duduk atau baring.
  • Elak berdiri terlalu lama atau duduk menyilang kaki.
  • Pakai stoking mampat atau elastik bagi membantu menolak semula cecair untuk mengalir.
  • Jangan mengurangkan jumlah pengambilan air atau cecair lain tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, January 30, 2010

Cara Berkesan Kurangkan Berat Badan

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Ikuti beberapa panduan mudah bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan yang berkesan;

1. Sasaran berpatutan
Tentukan sasaran yang kecil dan sederhana untuk menurunkan berat badan. Memadai hanya menentukan sasaran untuk mendapatkan perubahan kecil dahulu. Ini kerana, perubahan yang kecil akan menambahkan hasil yang besar jika ia diamalkan dan dilakukan secara berterusan.

2. Bakar kalori
Lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Hanya ini sahaja cara yang paling efektif untuk membakar kandungan lemak dan juga kalori di dalam tubuh anda. Misalnya, jika anda mengambil makanan yang mengandungi 300 kalori, dalam masa yang sama cuba fikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kandungan kalori yang baru diambil tadi.

3. Jauhi minuman berkarbonat
Cuba jauhi pengambilan minuman berkarbonat kerana setiap tin minuman berkarbonat mengandungi lebih kurang 150 hingga 170 kalori tanpa sebarang nutrisi untuk keperluan badan anda.

4. Senaman dan berjalan kaki
Ramai pakar kesihatan menasihatkan anda tidak meninggalkan aktiviti fizikal. Cara lebih mudah untuk melakukan aktiviti fizikal adalah dengan berjalan kaki atau senaman.

5. Bijak memilih makanan
Anda harus bijak memilih makanan. Elakkan segala makanan yang mempunyai kandungan lemak serta kalori yang tinggi seperti mentega, mayones, susu penuh krim, coklat, gula-gula dan aiskrim.

Menyegarkan Kulit Kering

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Tidak semua wanita bertuah memiliki kulit normal. Kebanyakkannya memiliki jenis kulit kering, minyak dan kombinasi. Bagi yang memiliki jenis kulit kering, langkah di bawah harus anda lakukan untuk memberi kelembapan dan menyegarkan kulit.

Bahan yang diperlukan :

  • minyak zaiton
  • minyak lavender
  • tisu muka lembut
  • pelembap
Langkah 1
Asas dalam milikit kulit yang sihat adalah minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mengekalkan lembapan pada kulit, ambil makanan seimbang kaya buah-buahan dan sayur-sayuran dan elekkan terdedah di bawah sinaran matahari

Langkah 2
Bersihkan wajah dengan menggunakan pencuci yang diformulasikan khusus untuk kulit kering. Jangan kerap mencuci wajah kerana ia akan lebih mengeringkan kulit.

Langkah 3
Mandi dengan mengunakan air suam sekurang-kurangnya sehari.

Langkah 4
Letakkan beberapa titik lavender atau zaiton dalam air mandian tadi.

Langkah 5
Lap perlahan kulit yang kering tadi selepas mandi. Elakkan menggosok kulit. Perbuatan ini akan meninggalkan minyak essential tadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit.

Langkah 6
Sapukan pelembap pada kulit yang masih agak basah. Sapu sedikit sahaja pelembap.

Langkah 7
Cari tempat yang selesa dan berehat. Kepanasan atau kesejukan yang melampau boleh menghilangkan kadar lembapan pada kulit.