Thursday, June 24, 2010

Tubuh Lebih Air, Jejas Kesihatan

Kira-kira 60% daripada tubuh kita dipenuhi air. Boleh dikatakan tubuh bergantung pada keseimbangan air untuk berfungsi dengan baik. Mekanisme pengawalan tubuh seperti jantung dan buah pinggan, bertanggungjawab bagi memastikan jumlah cecair sentiasa berterusan berada dalam tubuh.

Oleh itu, apabila dehidrasi dan kelebihan cecair berlaku, keadaan tersebut boleh menunjukkan masalah fisiologi yang tersembunyi. Kelebihan cecair berlaku apabila cecair tidak dapat dibuang daripada tisu tubuh, termasuklah pada kulit. Kelebihan cecair dikenali juga sebagai edema.

Terdapat banyak jenis edema, tetapi yang paling biasa berlaku adalah:

1. Edema Periferal - pada jari kaki, buku lali, kaki, tangan dan lengan.

2. Edema Serebral - dalam dan sekeliling otak.

3. Edema Mata - dalam dan sekeliling mata.
Contohnya edema makular, edema kornea, edema periorbital.


Penyebab
  • Reaksi tubuh kepada cuaca panas, pengambilan garam yang tinggi, dan masalah hormon berkaitan kitaran haid.
  • Barah, terutamanya buah pinggang, hati dan barah ovari.
  • Beberapa jenis bahagian kemoterapi.
  • Ubatan termasuk steroid, kortikosteroid, ubat penggantian hormon, ubat antiradang nonsteroid dan ubat tekanan darah.
  • Tahap protein rendah dalam darah yang disebabkan kekurangan zat.
  • Kurang aktiviti, yang boleh menyebabkan cecair untuk terkumpul pada kaki.
  • Masalah dengan fungsi buah pinggang, hati atau jantung.

Gejala-gejala
  • Rasa bengkak atau berat.
  • Rasa pakaian, kasut, cincin atau jam yang terlalu ketat.
  • Pengurangan fleksibiliti pada sendi tangan dan kaki, seperti buku lali, pergelangan tangan, jari-jari.
  • Kulit yang berkilat atau rasa kaku.
  • Kulit yang termasuk ke dalam apabila ditekan.
  • Berat badan yang meningkat secara tiba-tiba.

Komplikasi

Jika tidak dirawat, edema boleh menyebabkan:
  • Peningkatan bengkak yang menyakitkan.
  • Kesukaran untuk berjalan.
  • Rasa kaku.
  • Kulit yang terpecah, sekali gus menjadi gatal dan tidak selesa.
  • Peningkatan risiko bahagian yang membengkak.
  • Parut antara lapisan tisu.
  • Penambahan serabut pada tisu.
  • Pengurangan aliran darah.
  • Peningkatan risiko pemecahan kulit.
  • Pengurangan keanjalan arteri, vena, sendi dan otot.

Pengurusan

Cara untuk membantu mengurangkan pembengkakan dan melegakan gejala-gejala yang berlaku. Berbincanglah dengan doktor mengenai ubat diuretik ( ubat yang digunakan untuk merendahkan jumlah air dalam tubuh melalui cara meningkatkan pembuangan air kencing ).
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Kurangkan jumlah garam dalam pemakanan seharian.
  • Berjalan atau melakukan senaman bagi membantu mengepam cecair kembali mengalir semula.
  • Meninggikan bahagia tubuh yang terkena apabila duduk atau baring.
  • Elak berdiri terlalu lama atau duduk menyilang kaki.
  • Pakai stoking mampat atau elastik bagi membantu menolak semula cecair untuk mengalir.
  • Jangan mengurangkan jumlah pengambilan air atau cecair lain tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.