Thursday, December 3, 2009

Rahsia punggung anda

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Bulat
Mereka yang mempunyai punggung bulat dikatakan seorang yang berjiwa kental, idealistik, sentiasa bersemangat, suka bersosial tapi masih pandai mengawal perbelanjaan. Mereka juga periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Sebab itulah jarang kita nampak mereka ini bersedih. Mereka juga pantang menyerah kalah!

Seimbang
Mereka yang bentuk punggungnya seimbang pula dikatakan seorang yang selalu maintain cool dan rileks. Susah nak tengok mereka marah. Selain itu juga, pemiliknya dikatakan seorang yang sangat pemurah. Kalau berkeluarga pula, mereka bakal menjadi ibu dan bapa yang sangat baik dan penyayang. Perjalanan hidup mereka juga sentiasa stabil dan berjalan mudah tanpa banyak masalah.

Rata
Si punggung rata atau hampir sama rata dengan badan melambangkan si empunya diri yang lurus dan bijak. Kalau pemiliknya perempuan, dikatakan mereka kurang subur. Satu hal lagi, mereka suka mengamalkan prinsip go with the flow tanpa ada insentif yang kuat untuk memajukan diri.

Tinggi
Pemilik punggung yang tinggi pula selalunya dianggap seksi dan punya ramai peminat! Di sebalik keseksian itu, ternyata mereka juga memang sangat yakin diri dan tak kisah cakap-cakap buruk orang lain. Orang cakap, hati kering!

Besar
Ada pemilik punggung besar kadang-kala tidak selesa dengan saiz dimiliki. Pemilik punggung besar mempunyai banyak kelebihannya. Pertama, mereka dikatakan sihat dan subur. Selain itu juga, mereka kaya dengan sikap romantik dan dalam dirinya penuh rasa cinta. Mereka dikatakan seorang yang sangat ceria dan pemurah.

Makanan wajib untuk cantik

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Kecantikan itu datangnya dari dalam diri. Sebab tu, kalau nak tampil cantik dan menawan kena semak balik apa yang kamu makan. Sebaiknya lupakan semua fast food yang kurang bergizi dan gantikan dengan makanan di bawah ini :

Untuk kulit yang sihat :
Beri biru, kranberi, raspberi, strawberi, ceri, kismis, anggur ungu, labu, lobak, petola dan kentang.

Mata yang sihat :
Brokoli, kubis, brussels, kubis bunga, boy choy, bayam, salad dan biji sawi.

Tulang yang kuat :
Yogurt, kacang soya, taufu dan susu tanpa lemak.

Mengurangkan tekanan :
Kacang hijau, kacang pis dan pis hijau.

Meningkatkan sistem imunisasi :
Ayam belanda, ayam tanpa kulit, brokoli, kubis bunga, kubis, bayam dan teh hijau atau hitam.

Perlindungan dari cahaya matahari :
Tomato, tembikai, anggur merah dan jambu.

TIDAK sebelum usia 30 tahun

  1. Hindari peeling yang berat seperti chemical peeling.
Alternatif : Lakukan proses scrubbing tiga kali seminggu menggunakan produk semulajadi.


2. Belum perlu botoks. Jangan pula mengada-ngada nak lakukan botoks. Dalam usia begini, sel kulit kamu masih boleh ditingkatkan kekenyalan.

Alternatif : Lakukan perawatan secara tetap, jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan rajin-rajinlah bersenam. pastikan guna pelembap dan pelindung matahari pada waktu pagi dan krim malam sebelum tidur.


3. Jangan mencuba pemutih kulit sebarangan. Tak ada hal yang magik dalam dunia ini. Kalau kamu dilahirkan dengan kulit yang agak gelap, mustahil kulit kamu akan putih melepak kan? Jadi, hati-hatilah dengan produk pemutih kulit yang terdapat di pasaran kerana didalamnya mungkin terkandung bahan-bahan berbahaya yang kamu tidak tahu.

Alternatif : Cukup jika kamu mempunyai kulit yang bebas masalah. Kalau rasa tak puas hati dengan warna kulit, dapatkan perkhidmatan pakar.


4. Jangan terpengaruh dengan kosmetik berkolagen. Kolegen memang membuat kulit kenyal dan awet muda. Tetapi masih dalam usia yang masih muda, jaringan otot dan kulitmu masih sangat sihat.

Alternatif : Untuk merangsang kolegen, kamu perlu makan makanan yang kaya dengan protein.


5. Tak perlu suntik vitamin C. Vitamin C adalah antioksidan terbaik bagi kulit kerana ia mampu mencegah penuaan. Buat yang berusia 30 tahun ke bawah, keperluan vitamin C cukup jika diambil melalui makanan sahaja.

Alternatif : Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C setiap hari.