Tuesday, October 20, 2009

Tips bercukur yang betul


  1. Mulakan mencukur pada bahagia janggut seterusnya rapikan ia menggunakan pisau cukur atau gunting.

  2. Bersihkan wajah atau bahagian yang hendak di cukur dengan air suam.

  3. Pilih jenama krim pencukur yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Sebaiknya cuba gunakan krim pencukur yang mengandungi Dimethicone, vitamin E serta Aloe Vera.

  4. Sebelum bercukur, sapukan wajah anda dengan krim pencukur selama beberapa minit bagi melembutkan janggut dan misai.

  5. Setiap kali bercukur sebaiknya gunakan mata pencukur yang baru bagi memudahkan proses bercukur.

  6. Pastikan anda mengikut arahan yang betul ketika bercukur. Ia penting bagi mengelakkan wajah dari tercedera selain memberikan hasil yang memuaskan. Sebaiknya gunakan gunting kecil untuk membentuk goatee supaya wajah tidak tercedera.

  7. Bersihkan wajah anda menggunakan air sejuk tiap kali selepas bercukur. Cari ini berkesan bagi menutup semula ruang pori-pori di wajah terbuka.

  8. Amalkan penjagaan kebersihan tiap kali selepas bercukur. Seeloknya bersihkan wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengurangkan kesan minyak dan peluh yang terdapat padanya. (wajah).

  9. Pencukur elektrik merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

  10. Pastikan peralatan bercukur seperti pisau cukur, krim, baim serta losen kesemua peralatan tadi di tempat yang sesuai dan selamat. Periksa semula mata pisau bercukur supaya tidak berkarat bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

Bagaimana kalau terlebih vitamin

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Selalunya, kita dikhabarkan dengan kesan tentang kekurangan vitamin. Bagi yang sering mengambil vitamin sebagai keperluan tambahan, pernahkan anda terfikir akan akibatnya jika terlebih mengambil vitamin?

Mari ikuti beberapa kesan terlebih kuantiti vitamin terhadap kesihatan seseorang.


Vitamin A

Terlebih mengambil vitamin A dikenali sebagai hipervitamanisos A. Ia sebenarnya jarang berlaku, namun jika seseorang mengalaminya, ia mudah dikenali melalui beberapa tanda seperti biasa mual, sakit kepala, kehilangan selera makan, mudah letih, gementar, kulit kering, berasa lenguh-lenguh sendi. Keadaan ini akan terjadi apabila anda mengambil vitamin A dalam jumlah yang lebih dari yang sepatutnya iaitu lebih dari 8000 - 10000 mkg/hai atau 25000 - 33000 IU/hari dalam waktu yang lama.


Vitamin B

Setakat ini, masih belum ada kes yang dilaporkan mengenai kesan daripada terlebih mengambil vitamin ini terutama daripada makanan. Kajian-kajian yang dilakukan lebih banyak terttumpu kepada terlebih mengambil pyridoxine sehingga 1000 mg/hari (suplemen B6) yang mengakibatkan kesan ngilu pada saraf atau sensory neuropathy.

Vitamin C

Jika anda terlebih mengambil vitamin C, anda berkemungkinan berisiko mengalami aterosklerosis, kekurangan vitamin B12. Biarpun semuanya masih belum terbukti, tetapi pembatasan vitamin C lebih dikaitkan untuk mencegah masalah perut dan cirit-birit.


Vitamin D

Lebihan vitamin D pula akan menyebabkan kadar kalsium yang selanjutnya boleh membuat kepadatan tulang berkurangan dan memberi kesan kepada organ tubuh, seperti ginjal dan jantung. Kes sebegini sebenarnya masih jarang dilaporkan. Ia lebih banyak terjadi kepada mereka yang menderita penyakit TBC atau limfoma.


Vitamin E

Begitu juga dengan vitamin E yang kebanyakkannya terdapat di dalam makanan. Jarang dilaporkan kes mereka yang mengambil vitamin E secara berlebihan. Lebihan vitamin E biasanya memberi kesan kepada sistem pendarahan.

Rahsia penjagaan kulit muka

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Kita mesti mempunyai cara penjagaan kulit yang sistematik untuk memastikan kulit kita sentiasa berkeadaan bersih, berseri dan cantik sepanjang masa.

Pada asasnya, kita perlu melakukan 3 perkara setiap hari.

  • Membersihkan kulit dengan menggunakan produk yang tidak agresif supaya kulit kita berkeadaan pH yang normal (pH 5.5). Jangan gunakan sabun biasa kerana ia akan menyebabkan kulit yang kering dan iritasi kepada kulit.
  • Selepas membersihkan, kita perlu menggunakan toner yang sesuai.
  • Kita perlu menggunakan pelembap dan juga face mask.

Tidur berkualiti jaminan tubuh cergas


  • Perhatikan ukuran katil, apakah cukup besar? Pastikan tempat tidur cukup luas. Katil yang memenuhi syarat, tidak terlalu empuk, kerana boleh menyebabkan sakit punggung. Juga tidak terlalu kaku kerana menyebabkan sakit pada leher dan bahu.
  • Bantal berkualiti rendah boleh menganggu tulang belakang. Pilihlah yang padat empuk. Alas kepala yang nyaman memberikan tekanan tepat kepada kepala sehingga perjalanan darah bergerak lancar.
  • Kamar tidur untuk tidur sahaja, tidak untuk bekerja. Jadi, jangan sesekali membuat kerja di tempat tidur.
  • Usahakan jadual makan, tidur, bangun yang teratur.
  • Jangan menonton filem tegang atau menyedihkan menjelang tidur.
  • Hentikan merokok. Kalau sukar, kurangkan pengambilan rokok pada malam hari. Nikotin dalam rokok dapat mengusir rasa mengantuk. Jauhkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat, paling tidak empat jam sebelum tidur. Kalau terasa lapar, ambil pisang yang mengandungi asid amino tryptophan.
  • Hati-hati dengan ubat selsema yang mengandungi phenylpropanolamine atau perangsang lain yang dijual bebas di pasaran. Kesukaran untuk tidur ada kalanya kesan sampingan dari ubat.
  • Hindari juga minuman beralkohol, terutamanya malam hari. Sebab minuman itu menyebabkan kita terbangun di malam hari dan boleh menyebabkan insomnia.
  • Teknik relaksasi, meditasi, yoga atau mendengar rakaman suara ombak atau alunan muzik yang menenangkan boleh membantu mendapatkan tidur yang nyaman. Relaksasi otot progresif sangat tepat menjelang tidur. Pejamkan mata dan santaikan badan mulai dari hujung jari kaki. Lakukan terus sampai anda mampu merelakskan seluruh tubuh hingga ketegangan menurun.
  • Kalau tidak boleh tidur, jangan memaksa. Semakin dipaksa, semakin sukar. Jika tidak mengantuk, sama sekali tinggalkan tempat tidur. Lakukan sesuatu yang tidak menegangkan sehinggalah anda terasa mengantuk.
  • Hindari terlalu lama tidur pada waktu siang. Jangan menebus tidur yang terasa kurang. Jangan bimbang biarpun berkali-kali tidur kurang dari 8 jam.
  • Selain tu, hindari bunyi bising atau menggunakan lampu yang terlalu terang.

Tips tambahan : Olahraga atau senaman boleh membantu menghilangkan tekanan mental dan ketegangan otot.