Thursday, December 3, 2009

TIDAK sebelum usia 30 tahun

  1. Hindari peeling yang berat seperti chemical peeling.
Alternatif : Lakukan proses scrubbing tiga kali seminggu menggunakan produk semulajadi.


2. Belum perlu botoks. Jangan pula mengada-ngada nak lakukan botoks. Dalam usia begini, sel kulit kamu masih boleh ditingkatkan kekenyalan.

Alternatif : Lakukan perawatan secara tetap, jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan rajin-rajinlah bersenam. pastikan guna pelembap dan pelindung matahari pada waktu pagi dan krim malam sebelum tidur.


3. Jangan mencuba pemutih kulit sebarangan. Tak ada hal yang magik dalam dunia ini. Kalau kamu dilahirkan dengan kulit yang agak gelap, mustahil kulit kamu akan putih melepak kan? Jadi, hati-hatilah dengan produk pemutih kulit yang terdapat di pasaran kerana didalamnya mungkin terkandung bahan-bahan berbahaya yang kamu tidak tahu.

Alternatif : Cukup jika kamu mempunyai kulit yang bebas masalah. Kalau rasa tak puas hati dengan warna kulit, dapatkan perkhidmatan pakar.


4. Jangan terpengaruh dengan kosmetik berkolagen. Kolegen memang membuat kulit kenyal dan awet muda. Tetapi masih dalam usia yang masih muda, jaringan otot dan kulitmu masih sangat sihat.

Alternatif : Untuk merangsang kolegen, kamu perlu makan makanan yang kaya dengan protein.


5. Tak perlu suntik vitamin C. Vitamin C adalah antioksidan terbaik bagi kulit kerana ia mampu mencegah penuaan. Buat yang berusia 30 tahun ke bawah, keperluan vitamin C cukup jika diambil melalui makanan sahaja.

Alternatif : Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C setiap hari.

No comments:

Post a Comment