Tuesday, October 20, 2009

Bagaimana kalau terlebih vitamin

  Kami telah berpindah ke : 

Blogikel

Sokongan anda selama ini amatlah dihargai.

Terima kasih kerana memilih untuk hidup sihat.


Selalunya, kita dikhabarkan dengan kesan tentang kekurangan vitamin. Bagi yang sering mengambil vitamin sebagai keperluan tambahan, pernahkan anda terfikir akan akibatnya jika terlebih mengambil vitamin?

Mari ikuti beberapa kesan terlebih kuantiti vitamin terhadap kesihatan seseorang.


Vitamin A

Terlebih mengambil vitamin A dikenali sebagai hipervitamanisos A. Ia sebenarnya jarang berlaku, namun jika seseorang mengalaminya, ia mudah dikenali melalui beberapa tanda seperti biasa mual, sakit kepala, kehilangan selera makan, mudah letih, gementar, kulit kering, berasa lenguh-lenguh sendi. Keadaan ini akan terjadi apabila anda mengambil vitamin A dalam jumlah yang lebih dari yang sepatutnya iaitu lebih dari 8000 - 10000 mkg/hai atau 25000 - 33000 IU/hari dalam waktu yang lama.


Vitamin B

Setakat ini, masih belum ada kes yang dilaporkan mengenai kesan daripada terlebih mengambil vitamin ini terutama daripada makanan. Kajian-kajian yang dilakukan lebih banyak terttumpu kepada terlebih mengambil pyridoxine sehingga 1000 mg/hari (suplemen B6) yang mengakibatkan kesan ngilu pada saraf atau sensory neuropathy.

Vitamin C

Jika anda terlebih mengambil vitamin C, anda berkemungkinan berisiko mengalami aterosklerosis, kekurangan vitamin B12. Biarpun semuanya masih belum terbukti, tetapi pembatasan vitamin C lebih dikaitkan untuk mencegah masalah perut dan cirit-birit.


Vitamin D

Lebihan vitamin D pula akan menyebabkan kadar kalsium yang selanjutnya boleh membuat kepadatan tulang berkurangan dan memberi kesan kepada organ tubuh, seperti ginjal dan jantung. Kes sebegini sebenarnya masih jarang dilaporkan. Ia lebih banyak terjadi kepada mereka yang menderita penyakit TBC atau limfoma.


Vitamin E

Begitu juga dengan vitamin E yang kebanyakkannya terdapat di dalam makanan. Jarang dilaporkan kes mereka yang mengambil vitamin E secara berlebihan. Lebihan vitamin E biasanya memberi kesan kepada sistem pendarahan.

5 comments:

nadia said...

sy selalu mkn vitamin c yg byk.. kerana rsse nya manis.. malahan dr sy menguyah gule2x lebih baik sy menguyah vitamin c.. kdg2x boleh 4/5 biji sehari .. vitamin C 500mg plus tablet shine*

fatehah said...

sy pun sama masalah mcm nadia..
takut la plak..huhuhu
dh jd ketagih suck tablet vit c nih...adeii

tuannurul said...

saya takut jgk dah overdose ambik vit c ari ni..

pijah okay said...

sy ambik 3 jenis vitamin setiap hari,iaitu primrose oil garlic oil dan ayebright adakah ia ada kesan sampingan kpd diri sy?

kOcHa said...

dari pengetahuan saya, Vitamin larut air seperti Vit B dan Vit C tidak memberi apape kesan kerana Vit ini akan larut dalam bdn, dan jumlah yg berlebihan yg tidak diperlukan dlm bdn akan dikeluarkan dlm bentuk perkumuhan. Maaf klu saya silap. :) Jemput singgah di blog saya: http://bubblesblow.blogspot.com/

Post a Comment